Khidmat Masyarakat

Saturday, February 23, 2013

Baru nak berjinak dengan menghisap pipe? Sila baca..

Saya rasa terpanggil untuk menulis artikel ini memandangkan terdapat banyak pertanyaan lewat akhir ini daripada sahabat-sahabat baru yang ingin berjinak dengan pipe smoking atau pun bahasa slangnya "ngepuf". Secara jujurnya, saya berasa gembira apabila terbaca komen2 dari sahabat baru terutama lagi dilaman sesawang group FB Mampos. Rata-rata soalan yang diajukan adalah persoalan yang lazimnya diutarakan bagi mereka yang tidak mempunyai mentor untuk membimbing dan menyediakan fakta-fakta yang berguna. Jadi ingin saya mengambil kesempatan disini untuk mengumpulkan sebanyak mana fakta dan tips bagi mereka yang baru dibidang ini.

1) Dimanakah boleh saya membeli Pipe?

Bagi menjawab pertanyaan diatas, pada pendapat saya tempat terbaik untuk anda "shopping" pipe pertama anda adalah dikedai-kedai tembakau seperti Kamelah Tobacco House, The Embershoppe dan sebagainya. Secara peribadi saya lebih menggemari ke Kamelah kerana pada pendapat saya lokasi2 kedai Kamelah adalah lebih strategik dan hampir meliputi kesemua bandar-bandar utama di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka. Disamping itu juga mereka ada menyediakan kaedah membeli atas talian dilaman sesawang mereka iaitu  http://www.kamelahtobaccohouse.com/store/




Kedai tembakau kedua yang saya sebut diatas adalah The Embershoppe yang berlokasi di The Curve, Petaling Jaya dan Paradigm Mall, Kelana Jaya. Layanan yang diberikan oleh tuan empunya kedai, En CK Lim dan keluarganya pada pendapat saya tidak dapat ditandingi oleh mana mana kedai lain. Namun, seleksi pipe yang terdapat disini adalah sedikit terhad jika dibandingkan dengan Kamelah. The Embershoppe juga menyimpan seleksi sleksi pipe yang lebih "upscale" ataupun mahal jika dibandingkan dengan koleksi pipe yang boleh didapati di Kamelah, jadi untuk seorang beginner anda mungkin belum bersedia untuk melaburkan jumlah yang besar kepada suatu hobi yang anda belum pasti lagi mahu mengamalkannya dijangka jarak yang panjang. Anda boleh melawati laman sesawang The Embershoppe di http://www.theembershoppe.com/



Anda juga boleh untuk mempertimbangkan untuk membeli secara direct daripada pembuat pipe tempatan seperti En Joe Kamari, dan En Jebat Malaya. Kedua2 pembuat pipe tempatan ini boleh dihubungi dengan menyertai group MAMPOS, dilaman sesawang https://www.facebook.com/groups/matka99/ Mutu pipe yg dihasilkan oleh kedua-dua pembuaty pipe ini adalah setara dgn yg diimport dari luar. Selain itu, anda juga boleh menempa pipe yg diperbuat dari kayu2 tempatan selari dgn bajet yg anda ada. Buat pengetahuan tuan2 dan puan2, En Joe Kamari juga mempamerkan koleksi pipe2 yg telah dibuat olehnya di laman  http://joekamari.blogspot.com/

Akhir kata, anda juga boleh mencuba nasib dgn membeli pipe second hand di Mudah. Pipe second hand atau lebih dikenali sebagai Estate Pipe dalah sangat sesuai dijadikan pipe pertama keran harganya lebih murah jika dibandingkan dgn pipe baru. Namun, jika anda khutair tentang kualitinya dan anda tidak mempunyai teman2 rapat atau mentor di bidang ini, saya menyarankan anda supaya berhati hati. Sesebuah pipe jika dijaga rapi dan baik oleh tuannya boleh digunakan menjangkaui usia si empunya.

2) Berapakah harga sebuah Pipe yang elok sebagai Pipe pertama?

Persoalan ini adalah amat subjektif kepada individu yang bertanyakanya. Ianya berpandukan kepada bajet individu tersebut ada. Pilihlah Pipe yang bersesuaian dgn bajet anda dan bukannya menjurus terhadap sesebuah brand atau jenama Pipe tersebut. Namun, jika bajet tidak menjadi penghalang, saya ingin menyarankan supaya anda tidak membelanjakan lebih dari RM500.00 untuk pipe pertama anda. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, anda berada diambang menceburi suatu hobi yang baru dimana anda masih belum pasti sama ada ianya akan berkekalan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Jenis pipe yang saya ingin sarankan adalah jika berkemampuan pilihlah pipe yang diperbuat dari kayu briar. kayu ini lazimnya mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap kebakaran. Kedua, tanyakan kepada penjual sama ada pipe tersebut mempunyai lapisan carbon atau pun carbonized dibahagian mangkuknya. Pipe yg telah pun dicarbonizekan ini adalah sesuai bagi beginner.

Kriteria ketiga yang mungkin anda mahu pertimbangkan adalah bahagian batang atau  stem pipe tersebut adalah diperbuat dari vulcanite atau acrylic? Jika boleh pilihlan yg jenis vulcanite kerana feel menggigit stem yg diperbuat dari vulcanite adalah lebih baik..seperti membandingkan penggunaan chopstick kayu dan plastic.

3) So, dah beli pipe, leh on lah eh?

Wop, nanti dulu. Selain pipe, anda juga memerlukan beberapa perlatan asas bagi menceburi bidang atau hobi pipe smoking ini. Peralatan yang amat penting adalah pipe tool atau pun alat pipe yang berupa bentuk sperti gambar dibawah:

Pipe tool digunakan untuk mambantu anda mengisi mangku pipe dan juga dalam operasi pembersihan pipe anda. Lazimnya pipe tool adalah murah sekitar RM 10 - RM 15. Terpulanglah pada anda nak pilih yang lebih mahal atau tidak kerana fungsinya adalah sama sahaja.
 
Eh, terlupa pulak! Off course anda memerlukan tembakau! Tentang isu tembakau ini, saya rasa lebih baik jika saya perjelaskan dengan lebih terperinci didalam entry yang berlainan. Sebenarnya, terdapat terlalu banyak jenis tembakau untuk dibicarakan didalam satu muka surat, dan saya pasti seseorang itu tidak akan dapat merasa kesemua jenis adunan tembakau pipe ketika hayatnya. Ianya umpama perngembaraan yang tiada hujung pangkalnya. Namun sebagai panduan kepada sahabat sahabat baru, terdapat secara amnya dua kategori utama tembakau pipe. Yang pertama adalah dikenali sebagai  Aromatic blend dimana tembakau sebegini dirumus dan diadun untuk menghasilkan aroma yang sedap dihidu oleh orang orang sekeliling. Jenis kedua ini dikenali sebagai English blend dimana rasa tembakau yang lebih asli boleh diamati oleh orang yang sedang ngepuf, namun aroma yang dihasilkan boleh menjengkelkan orang sekeliling. Jika anda dari latar belakang seorang perokok, mungkin anda mahu mencuba english blend yang ringan seperti McLelland's Frog Morton : Across the Pond atau pun Samuel Gawith : Squadron Leader kerana kedua blend ini tidaklah berat untuk orang yang baru. Jika anda lebih menggemari aroma yang wangi cubalah aromatic blend seperti Captain Black (Paket putih, emas atau biru), Borkum Riff, atau pun Peterson (Nutty Cut, Sweet Killarney). Namun begitu saya ingin mengingatkan tembakau aromatic lebih cenderung mengabitkan ketidakselesaan pada lidah atau dikenali dengan tonguebite.
 
Anda juga akan memerlukan perkakas lain seperti pencuci pipe sperti gambar dibawah:
 
Jika berkesempatan saya akan memasukkan entry berlainan pada lain hari tentang teknik-teknik mencuci pipe anda.

Nasihat saya pada yang baru ingin mencuba agar mempraktikan kesabaran dalam menghisap pipe anda. Jangan gopoh untuk mendapat kepuasan nikotin, terutama kepada bekas2 perokok.Hayati pengalaman baru ini dengan seperlahan yang anda boleh. Dan akhir kata, selamat mencuba dan welcome!
  





28 comments:

  1. Bro, Assalamoalaikum.
    Gulamsa dekat Pertama Complex pon banyak choice jugak pipe dia. Tobacco pon banyak choice. Service terbaik! And bro lupa mention Corn Cob Pipes. Alternative terbaik untuk mereka yang baru nak berjinak dalam pipe smoking!
    Anyways, terbaik guide bro. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. salam bro..mana yg lbh best..paip yg takde filter atau yg berfilter..tq..

    ReplyDelete
  3. Berul tu, mana yg lagi best ada filter or x de filter..

    ReplyDelete
  4. Berul tu, mana yg lagi best ada filter or x de filter..

    ReplyDelete
  5. Berul tu, mana yg lagi best ada filter or x de filter..

    ReplyDelete
  6. Berul tu, mana yg lagi best ada filter or x de filter..

    ReplyDelete
  7. Bagi aku pipe yg berFilter lebih baik....sebenarnya aku pon baru dalam berPipe nie.....1st try aku gunakan tembakau dari petterson( sweet killarney) dan sampai skang ( hampir 5 bulan) stim memPipe nie lebih dari merokok.......

    ReplyDelete
  8. Bagi aku pipe yg berFilter lebih baik....sebenarnya aku pon baru dalam berPipe nie.....1st try aku gunakan tembakau dari petterson( sweet killarney) dan sampai skang ( hampir 5 bulan) stim memPipe nie lebih dari merokok.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun br start memPipe ni..tembakau yg ptama sy test ptterson sweet killarney..tp mmg xslesa pd lida dh lelangit..normal atau kaedah membakar sy salah..api bara smua cntik dh..mohon tjk ajar.tq bang

      Delete
  9. Saya mula menghisap paip sekitar 2004 dan paip pertama saya bertahun 10 tahun. Kalau dulu saya gemar tembakau vanilla McBaren tapi kini mula beralih ke tembakau yang lebih premium seperti Rattray's, Peterson dan 2/3 jenama lain...

    ReplyDelete
  10. Saya mula menghisap paip sekitar 2004 dan paip pertama saya bertahun 10 tahun. Kalau dulu saya gemar tembakau vanilla McBaren tapi kini mula beralih ke tembakau yang lebih premium seperti Rattray's, Peterson dan 2/3 jenama lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boss...beli mana brand rattays , peterson tu?

      Delete
    2. Tmpt yg biasa sy beli tembakau adalah di Vah & Son's, Jln Trus, JB. Mcm2 brand pun ada kt kedai tu.

      Delete
  11. Kedai paip kat melaka,di mana tu tn?

    ReplyDelete
  12. hi semua...sedikit komen pasal embershoppe. service 1 out of 10. as beginner with minimum knowledge about pipe. saya dpt layanan terburuk dpd kedai ni. pertanyaan pertama saya adalah boleh guide saya utk saya beli pipe sbb saya beginner?. jawapan saya dpt u tgk sana sambil tunjuk ke perabot kaca. as beginner saya nak tanya kalau die ada jual beginner set. die jawab u mau ape sebenarnye. saya pun tak tau kalau salah saya tanya mcm tu. tp pekerja dir nama zul cuba bantu walau x de knowledge pasal pipe. end up keluar kedai mcm tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi aeon shah alam kamelah. Uncle cina tu lebih helpful.

      Delete
  13. Tahniah kpd penulis semoga BN lebih ramai lagi peminat pipes menyertai Mampusan dan Joe Kemari.

    ReplyDelete
  14. Erinmore flake min tak sebut huhu tembakau lagend tuuu


    ReplyDelete
  15. Nak lepaskan british briar.. Use.
    Ada yang berminat ke..
    0172467151

    ReplyDelete
  16. Bro
    Nk tanya kalo tembakau peterson deluxe mixture ada isu haram ke sbb contain liquor n flavour whisky.bau sedap ingat nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Brand Peterson mmng ada yg dicampur perisa dr sumber arak... Bau n rasa mmg sedap... Anyway rse2 kaum melayu eloklah kita cari tembakau yg tak dicampur bahan2 mcm tu. Kita pun dah tau hukum bahan tu. Masih byk lg brand lain yg rse n berbau sedap..

      Delete
    2. Salam abg salim...
      Ada apa² cadangan untuk tembakau yg ok bagi abg....

      Delete
  17. Salam ngepuf semua, sy mula start join hisap paip pada awal 2014, namum berhenti disebabkan telah ditegur oleh seorang pegawai ditempat kerja, berhenti pada tahun yg sama namun kini mula semula ngepuf, tetap rindukan aroma barkum riff cherry

    ReplyDelete
  18. Please saya mahu membeli tembakau bawah 50 rggit,cod ada tak,cap nenas atau lain2

    ReplyDelete
  19. Saya pun mahu tembakau yang rm50 ke bawah, utama nk cap nenas kalau ada..

    ReplyDelete