Saya rasa terpanggil untuk menulis artikel ini memandangkan terdapat banyak pertanyaan lewat akhir ini daripada sahabat-sahabat baru yang ingin berjinak dengan pipe smoking atau pun bahasa slangnya "ngepuf". Secara jujurnya, saya berasa gembira apabila terbaca komen2 dari sahabat baru terutama lagi dilaman sesawang group FB Mampos. Rata-rata soalan yang diajukan adalah persoalan yang lazimnya diutarakan bagi mereka yang tidak mempunyai mentor untuk membimbing dan menyediakan fakta-fakta yang berguna. Jadi ingin saya mengambil kesempatan disini untuk mengumpulkan sebanyak mana fakta dan tips bagi mereka yang baru dibidang ini.
1) Dimanakah boleh saya membeli Pipe?
Bagi menjawab pertanyaan diatas, pada pendapat saya tempat terbaik untuk anda "shopping" pipe pertama anda adalah dikedai-kedai tembakau seperti Kamelah Tobacco House, The Embershoppe dan sebagainya. Secara peribadi saya lebih menggemari ke Kamelah kerana pada pendapat saya lokasi2 kedai Kamelah adalah lebih strategik dan hampir meliputi kesemua bandar-bandar utama di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka. Disamping itu juga mereka ada menyediakan kaedah membeli atas talian dilaman sesawang mereka iaitu
http://www.kamelahtobaccohouse.com/store/
Kedai tembakau kedua yang saya sebut diatas adalah The Embershoppe yang berlokasi di The Curve, Petaling Jaya dan Paradigm Mall, Kelana Jaya. Layanan yang diberikan oleh tuan empunya kedai, En CK Lim dan keluarganya pada pendapat saya tidak dapat ditandingi oleh mana mana kedai lain. Namun, seleksi pipe yang terdapat disini adalah sedikit terhad jika dibandingkan dengan Kamelah. The Embershoppe juga menyimpan seleksi sleksi pipe yang lebih "
upscale" ataupun mahal jika dibandingkan dengan koleksi pipe yang boleh didapati di Kamelah, jadi untuk seorang beginner anda mungkin belum bersedia untuk melaburkan jumlah yang besar kepada suatu hobi yang anda belum pasti lagi mahu mengamalkannya dijangka jarak yang panjang. Anda boleh melawati laman sesawang The Embershoppe di
http://www.theembershoppe.com/
Anda juga boleh untuk mempertimbangkan untuk membeli secara direct daripada pembuat pipe tempatan seperti En Joe Kamari, dan En Jebat Malaya. Kedua2 pembuat pipe tempatan ini boleh dihubungi dengan menyertai group MAMPOS, dilaman sesawang
https://www.facebook.com/groups/matka99/ Mutu pipe yg dihasilkan oleh kedua-dua pembuaty pipe ini adalah setara dgn yg diimport dari luar. Selain itu, anda juga boleh menempa pipe yg diperbuat dari kayu2 tempatan selari dgn bajet yg anda ada. Buat pengetahuan tuan2 dan puan2, En Joe Kamari juga mempamerkan koleksi pipe2 yg telah dibuat olehnya di laman
http://joekamari.blogspot.com/
Akhir kata, anda juga boleh mencuba nasib dgn membeli pipe second hand di Mudah. Pipe second hand atau lebih dikenali sebagai
Estate Pipe dalah sangat sesuai dijadikan pipe pertama keran harganya lebih murah jika dibandingkan dgn pipe baru. Namun, jika anda khutair tentang kualitinya dan anda tidak mempunyai teman2 rapat atau mentor di bidang ini, saya menyarankan anda supaya berhati hati. Sesebuah pipe jika dijaga rapi dan baik oleh tuannya boleh digunakan menjangkaui usia si empunya.
2) Berapakah harga sebuah Pipe yang elok sebagai Pipe pertama?
Persoalan ini adalah amat subjektif kepada individu yang bertanyakanya. Ianya berpandukan kepada bajet individu tersebut ada. Pilihlah Pipe yang bersesuaian dgn bajet anda dan bukannya menjurus terhadap sesebuah brand atau jenama Pipe tersebut
. Namun, jika bajet tidak menjadi penghalang, saya ingin menyarankan supaya anda tidak membelanjakan lebih dari RM500.00 untuk pipe pertama anda. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, anda berada diambang menceburi suatu hobi yang baru dimana anda masih belum pasti sama ada ianya akan berkekalan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Jenis pipe yang saya ingin sarankan adalah jika berkemampuan pilihlah pipe yang diperbuat dari kayu briar. kayu ini lazimnya mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap kebakaran. Kedua, tanyakan kepada penjual sama ada pipe tersebut mempunyai lapisan carbon atau pun
carbonized dibahagian mangkuknya. Pipe yg telah pun di
carbonizekan ini adalah sesuai bagi
beginner.
Kriteria ketiga yang mungkin anda mahu pertimbangkan adalah bahagian batang atau
stem pipe tersebut adalah diperbuat dari
vulcanite atau
acrylic? Jika boleh pilihlan yg jenis
vulcanite kerana
feel menggigit stem yg diperbuat dari vulcanite adalah lebih baik..seperti membandingkan penggunaan chopstick kayu dan plastic.
3) So, dah beli pipe, leh on lah eh?
Wop, nanti dulu. Selain pipe, anda juga memerlukan beberapa perlatan asas bagi menceburi bidang atau hobi
pipe smoking ini. Peralatan yang amat penting adalah
pipe tool atau pun alat pipe yang berupa bentuk sperti gambar dibawah:
Pipe tool digunakan untuk mambantu anda mengisi mangku pipe dan juga dalam operasi pembersihan pipe anda. Lazimnya pipe tool adalah murah sekitar RM 10 - RM 15. Terpulanglah pada anda nak pilih yang lebih mahal atau tidak kerana fungsinya adalah sama sahaja.
Eh, terlupa pulak! Off course anda memerlukan tembakau! Tentang isu tembakau ini, saya rasa lebih baik jika saya perjelaskan dengan lebih terperinci didalam entry yang berlainan. Sebenarnya, terdapat terlalu banyak jenis tembakau untuk dibicarakan didalam satu muka surat, dan saya pasti seseorang itu tidak akan dapat merasa kesemua jenis adunan tembakau pipe ketika hayatnya. Ianya umpama perngembaraan yang tiada hujung pangkalnya. Namun sebagai panduan kepada sahabat sahabat baru, terdapat secara amnya dua kategori utama tembakau pipe. Yang pertama adalah dikenali sebagai Aromatic blend dimana tembakau sebegini dirumus dan diadun untuk menghasilkan aroma yang sedap dihidu oleh orang orang sekeliling. Jenis kedua ini dikenali sebagai English blend dimana rasa tembakau yang lebih asli boleh diamati oleh orang yang sedang ngepuf, namun aroma yang dihasilkan boleh menjengkelkan orang sekeliling. Jika anda dari latar belakang seorang perokok, mungkin anda mahu mencuba english blend yang ringan seperti McLelland's Frog Morton : Across the Pond atau pun Samuel Gawith : Squadron Leader kerana kedua blend ini tidaklah berat untuk orang yang baru. Jika anda lebih menggemari aroma yang wangi cubalah aromatic blend seperti Captain Black (Paket putih, emas atau biru), Borkum Riff, atau pun Peterson (Nutty Cut, Sweet Killarney). Namun begitu saya ingin mengingatkan tembakau aromatic lebih cenderung mengabitkan ketidakselesaan pada lidah atau dikenali dengan tonguebite.
Anda juga akan memerlukan perkakas lain seperti pencuci pipe sperti gambar dibawah:
Jika berkesempatan saya akan memasukkan entry berlainan pada lain hari tentang teknik-teknik mencuci pipe anda.
Nasihat saya pada yang baru ingin mencuba agar mempraktikan kesabaran dalam menghisap pipe anda. Jangan gopoh untuk mendapat kepuasan nikotin, terutama kepada bekas2 perokok.Hayati pengalaman baru ini dengan seperlahan yang anda boleh. Dan akhir kata, selamat mencuba dan
welcome!